Monday, 10 November 2014

SELAMAT DATANG KE DATARAN HOMESTAY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Dengan ini kami memperkenalkan Dataran Homestay. Dataran Homestay terletak di utara semenanjung tanah air iaitu Changlun Kedah  Dataran Homestay ini dibina pada September 2013. Dan mula beroperasi pada bulan October 2013. Dataran Homestay ini dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Tuan Haji Wan Tahir b. Wan Abdulllah dan Hajjah Rodiah binti Bahari. Pada awalnya Dataran Homestay hanya mempunyai 2 buah homestay yang bercirikan mini bangalow. Yang pertama iaitu 3 bilik dan 2 bilik air. Dan yang kedua ialah 1 bilik yang mempunyai bilik air di dalamnya.  Dengan permintaan pengunjung yang amat menggalakkan. Maka, pemilik homestay ini membina lagi 2 buah homestay. Setiap rumah mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air.


TEMPAHAN DIALU-ALUKAN


Dataran homestay merupakan homestay yang sangat berbaloi dari segi harga dan kemudahan. Harga untuk dataran homestay ialah tetap. Tidak kira pada musim perayaan, kenduri, cuti sekolah mahupun hari minggu.


3 BILIK RM180
2 BILIK RM130
1 BILIK RM60

Selain itu, Dataran Homestay juga mengambil tempahan untuk sewa bulanan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi



0174776465(WAN TAHIR) 0134890020(WAN IZAH)
KEISTIMEWAAAN DATARAN HOMESTAY

- terdapat medan selera makanan masakan ala Thai(Dataran Citarasa)
- untuk kemudahan penginap Dataran Homestay menjamu selera

- penginap bleh menikmati citarasa enak sebaik melangkah keluar ataupun masuk ke Dataran Homestay dengan harga yg bepatutan
KELENGKAPAN


Homestay kami menyediakan set kelengkapan penuh. dari bilik tidur hingga kedapur, Berikut merupakan senarai harga, kelengkapan homestay bagi setiap homestay yang kami sediakan 



HOMESTAY 3 BILIK RM180


Kelengkapan disediakan :
- set bilik tidur
- penghawa dingin
- peti ais
- penapis air
- mesin basuh
- dapur 
- kelengkapan memasak
- ruang tamu 
- ruang makan
- tv
- 2 blilik air





HOMESTAY 2 BILIK - RM130


Kelengkapan disediakan :
- set bilik tidur
- penghawa dingin 
- peti ais
- mesin basuh
- dapur 
- kelengkapan memasak
- ruang tamu 
- ruang makan
- tv
- 1 bilik air





HOMESTAY 1 BILIK - RM60


- 1 bilik air 
- 1 set bilik tidur
- penghawa dingin
- pemanas air
- tv
- iron